Sunday, July 5, 2009

Tak Suka Menunggu




Kalau ikut perancangan, aku nak update blog ni setiap hari sepanjang MMS berlansung

Tapi, serius aku cakap memang tak sempat

Bayangkanlah, boleh kata purata aku tidur setiap hari adalah pukul 2 pagi

Dan disambung dengan bangun pada pukul 5 pagi

Tak heranlah kalau untuk waktu tengah hari je aku duduk mengadap laptop buat kerja

Tersengguk-sengguk mengantuk

Nasib baik lah aku buat kerja kat dalam bilik gerakan

Nak nya buat kerja depan budak-budak baru mahunya tak malu aku dibuatnya

Hehehe, akhirnya MMS dah berakhir

Dan alhamdulillah aku dapat bilik jugak kat Zamrud ni. Yes!!

Wah, aku dapat bilik paling besar kat kolej, atau dikenali sebagai bilik "L"

Setakat ni aku rasa keseorangan je

Sebab penghuni sebenar bilik-bilik ni yang lain semuanya entah ke mana

Sampai aku naik bosan sorang-sorang kat dalam bilik.

Bilik aku ni jauh dari aras budak-budak suksis

Hmm, takperlah, bagi aku diorang mungkin tak perlu kan aku lagi kot.

Takder apa pun kepentingan aku kat diorang.

So, kalau aku takder pun tak menjadi masalah dan tak der hal dan takder kerugian lansung.

Ini~Serius (wonderpet)

Tapi, baguslah bilik yang aku dapat ni

Dapat dengar azan dengan jelas dari Pusat Islam (Masjid)

Yang lagi seronok tu, aku boleh dengar kuliah Maghrib dari sini. Ihiks!

Waah, sejak bila aku jadi baik gile ni?

Jadi, aku dah dapat aura untuk semester ni

Yang kemungkinan besar aku akan LEBIH BANYAK keseorangan

Dari bergaul dengan mereka-mereka yang lain.

Takper, aku dah biasa dengan hidup keseorangan ni.

Siapa yang perlukan aku melainkan biler diorang DESPERATE sangat-sangat perlukan aku

Semata-mata untuk KEPENTINGAN DIRI SENDIRI KAN?

ITU BUKAN MINTAK TOLONG NAMANYA

ITU AMBIK KESEMPATAN







Aku bosan menunggu hari ni

Kalau ikutkan, aku boleh dah ambik kereta aku balik dah sebab Makcak dah macam tak pakai je

Okay, janji dah dibuat adalah hari ni

Tapi, aku tak tahu lah pukul berapa aku boleh dapat kereta tu

Aku mengharapkan pagi, sebab makcak ni kadang-kadang semuanya nak cepat

Takder pun panggilan telefon waktu pagi.

Aku mengharap jugak tengah hari aku boleh dapat sebab nak bawak balik semua barang-barang yang banyak tu

Tapi makin lama makin delay pulak jadinya

So, dengar ceritanya MACAM aku boleh diambil pulang ke rumah atok dalam pukul 2 - 3 macam tu lah.

Puas lah aku menunggu, hmm tak sudah-sudahnya takder apa-apa jugak

Aku pun dah naik mengantuk dah ni







Dah dekat pukul 5 dah, pun takder jugak.

Aku dah bengang sikit dah

Sebab nanti takut tak lepas dengan Pakgad tak bagi bawak kereta masuk kolej

EVEN UNTUK MEMUNGGAH BARANG JE!!

Sebab dia risau student terus parking kat kolej.

Memandangkan hari ni hari register student lama

Mungkin ada sedikit kelonggaran kot

Tapi sampai petang je lah.

Hmm, ni kalau-kalau akibat ni mungkin kalau aku balik rumah tok pun

Malam lah ni aku kena balik UiTM

Yerlah, esok kelas pukul 8 pagi kot.

Sampai lah ke pukul 6, tahap kesabaran aku memang dah musnah.

Akhirnya nak dekat pukul 7

Aku terus CANCEL DEAL NAK AMBIK KERETA NGAN BARANG-BARANG AKU

BIARLAH AKU AMBIK KERETA TU MINGGU DEPAN, PUAS HATI




Aku memang macam ni

Kalau orang deal masa dengan aku, aku memang punctual.

Kalau kata pukul 8 pagi nak gerak

Aku akan pastikan arrangement masa aku untuk bersiap mesti tak melebihi pukul 8

Aku memang set in time.

Tapi, aku memang tak suka sangat biler orang yang buat aku tertunggu-tunggu

Aku memang tak suka menunggu

Mesti on time - that's me

Takperlah

Biarlah aku serba kekurangan kat sini

Cukup-cukup je lah untuk pakai baju seminggu

Kelas esok bawak pencil case sudah

Sempoi je . . . . . . . . .


p/s : Mood eMo


6 comments:

asna ashraff said...

dgr kuliah maghrib dari bilik tuh budak baik ke??

:)

lalalala kalo dgr kuliah maghrib kat masjid budak nakal ek :p

Khairi Nairfan said...

lol
at least aku mendengar
dari takder niat nak mendengar lansung :P

ila-kehidupan said...

Akak pun marah gak kalo org x tepati janji...akak jenis ontime...

2 GoOd 2 b NiCe said...

SABO PAKCIK.. SABO.. JGN TENSION2!!NNT DIRI SNDRI YG SUSAH.. XPELA, LETS TAKE IT AS A LESSON 4 U 2 "DEAL" WITH OTHERS..

Khairi Nairfan said...

ila-kehidupan: Yes! Kita sama! Hehehe

Kak Shaz : Apa boleh buat Kak Shaz, dah geram memang macam tu. Tapi betullah cakap akak, take a lesson je

Muhammad Hazimin Wahab said...

bagusnya Khairi ! susah nak dpt org (melayu) yg punctual.... sure hidup sentiasa teratur kelak... & cerah masa depan... teruskan usaha... !