Sunday, November 8, 2009

Planning: Holiday Is Coming




Wah, giler tak sabar nak balik untuk cuti semester!

Serius, bukan sebab aku ni seorang yang homesick!

Tapi, memang untuk semester ni aku memang beriya - iya nak cuti sangat - sangat.

Kalau korang bacerlah semua entry aku dari awal semseter 5 ni hinggalah sekarang

Korang tahulah macamana sibuk - sibuknyer aku

Sampai rasa macam tak bernafas dah!

Kalau dalam cerita anime, roh aku keluar dari mulut.

Hahahaha.







2 hari lepas (Sabtu) jawab exam MUET

Speaking test haritue dah sudah, sekarang jawab yang selebih - lebihnyer

Aku pun tak tahu, kenapa biler time pasal english ni

Semua orang cakap apa tu dengan aku?

"Ala takperlah, ko tu pandai. BEL pun dapat A" (BEL tu code subject English dari part 1 - 3)

Aku pun tak tahu mana diorang dapat fakta tu

Kalau budak kelas aku boleh consider lagi

Ini hampir semua budak yang aku kenal!

Weih, tolong ar weih korang kalau bace entry aku selama ni

Berterabur vocabulary, grammmar pun main pajak jer.

Mahunyer kena gelak dengan Miss Jyss

Tetz takyah cerita ar, kalau bab2 vocab ni bukan men lagi je betulkan aku.

Kitaorang buat Reading, Writing lastly Listening.

Hahaha, listening best giler! Sebab radio tu sebelah aku je!

Tapi, aku memang takleh lupa ayat nie

".....Sneeze violently and had watery eyes."

Sebab dalam bilik yang beraircond tu yang sejuk giler tue

Memang aku sort sert dengan mata aku berair

Invigilator tu asyik tengok aku je

Kesat sana, kesat sini, pekup muka.

Mestilah, risau H1N1 kot

Takderlah, tape listening masa tu pun pasal allergy

Aku memang tak tahan sejuk.







Semalam jawab paper killer - ESE 353 - Control System

Takyah cakap ar, semua orang yang keluar dari dewan tu

Kecoh giler! Soalan dia macam nak terjatuh jantung aku dibuatnya

Dengan tak cukup masa untuk aku

Dengan susahnyer!

Even soalan yang tak pernah keluar format dia, keluar jugak!

Mana aku tahu nak jawab!

Dahlah soalan format baru dari soalan Past year Paper dari apa yang aku jawab!

"Macam mana paper tadi?" - aku tak ingat sapa yang tanya aku

"Kau tahu tak, kalau dalam anime tu, kat atas kepala aku ada bubble, pastu ada titik titik titik titik titik."

"Ataupun kau tahu tak, tiba - tiba ada gagak lalu atas kepala aku masa keadaan menjadi sunyi. Ark Ark Ark Ark bunyiknyer"

Itu je responds yang mampu aku beri






Planning untuk balik ke Port Dickson

Abah suruh balik by aku start cuti sebab ingatkan nak tunggu Kak Tiqah habis exam

So, NAK SURUH AKU DRIVE BALIK PD SORANG - SORANG LAH NI!!

Waaaah! Takutnyer! First time long distance sorang - sorang!

Tapi kalau aku cakap takut kat abah, abah mesti bagi responds

" Kalau bukan sekarang bila lagi, nanti dah ada family sendiri takkan semuanya nak berteman"

Kalau kak tiqah, takyah cakaplah dia mesti ungkit yang dia tu selalu je drive balik sorang - sorang ke PD

Aku dapat mesej dari Abah tu pun, dah banyak benda aku pikir ni

Tiba - tiba terlintas kat fikiran aku dengan excitednyer

"MANA AKU NAK CEKUP DUIT TOUCH N GO NI!"

Hahaha, aku haritu pun baru top up RM20 je selepas tinggal 40 sen =_="

Tapi 14hb dengan 15hb aku ada kursus Robotek kat kampus aku

By 16hb sampai 18hb tu ada vacation kat Cameron Highland!

Ini untuk budak - budak PM (facilitator) masa MMS haritue!

Yay! tak sabarnyer nak pergi setelah banyak kali tarikh ditunda!





Biler bemesej dengan abah, ibu and semua family member aku

Timbul satu perasaan excited and rindu

Alamak, lamanya tak telefon rumah

Selalunya setiap minggu aku telefon

Farah tu mesti balik ni nak ajak aku keluar sana sini

Dekmai tu geng dengan Kak Tiqah

Habis meriahlah rumah nanti

Tapi, yang penting balik cuti untuk sebulan ni memang aku nak berseronok sakan

Selepas mengharungi semester yang macam neraka nie



p/s: Biler aku nak keluar entry bergambar ni, aku kesian pulak kat achik yang tak sabar -sabar nak tengok gambar raya dari Jepun.


Monday, November 2, 2009

70%: This is the chance




I find out that overall of my carry mark.

3 from them are 30 marks and above from 40 marks

First, 34 marks

Second, 39 marks

Lastly, 38 marks.

There is 2 more carry mark

One still in unknown status

One more is my REALLY KILLER SUBJECT WHICH CAN DRAG ME TO HELL

And I got failed on that carry mark

Let me give you some info that only 6 people passed that carry mark

Even 10 marks is the worst

Urgh, I almost get my dean list for this semester!

Ya Allah! Please help me!


Thursday, October 29, 2009

U.K : I'm Coming!




Haih cerita masa Final Exam ni semuanya menarik menarik

Cerita jerlah, gambar tu dah macam susah je nak masuk rumah ni

Aku kengkadang memang nak update blog ni susah

First, aku memang malas malas malas malas dan malas nak menaip

Ish kalau lah komputer aku ni boleh bace minda aku pastu taipkan apa yang aku pikir

Kan seronok gilew!

Second aku tak tahu lah nape celcom BB aku ni

Naik sem ni, aku kurang dapat coverage - tak laju

Bukan aku je, Nuar pun sama gak

So agak dissapointed ar nak bukak blog sendiri pun lambat

Inikan lagi nak surf internet





Ceritanya macam ni

Aku rasa memang hampir setiap hari aku pergi kampus

Carik lecturer nak ambik carry mark and test 2 punya paper

So salah sorang nya Encik Azlan

Lecturer untuk ESE 356 aku

So aku jumpa dia tadi

Then aku pun ambiklah markah paper aku

Carry mark? Alhamdulillah memang terbaik

Aku test dapat 24 / 25 markah untuk test 2

Yang test 1 aku dapat 28 / 30 markah

So untuk carry mark aku je dapat 38/ 40 markah

Senanglah aku nak skor A nanti untuk paper ni

Pastu dia pun bukak new topic

"Kamu taknak sambung oversea ke?"

"Entahlah" dan tak tahu lah kenapa ayat ni yang keluar dari mulut aku

Mungkin sebab aku rasa macam serba tak confident






"Entah? Kenapalah dengan kamu semua ni, apply lah penaja sambung oversea"

Hehehe, pastu sir tanya aku punya CGPA, aku bagitaulah CGPA aku yang 'teruk' tu

Teruk dalam kurungan sebab teruk untuk prestasi aku

Pastu sir cakap atas 3.0 takper lagi, and sir tanya pernah dekan tak

Aku cakap pernah sekali

Then sir suruh aku cuba dapatkan CGPA atas 3.5 - paras selamat

Pastu dia pun cerita lah panjang lebar pasal "Master in Engineering"

Dia suruh aku check Mara punya sponsor

Kalau ada, try mintak, kalau ada rezeki insyaallah boleh further study kat sana

So, sir explain yang Mara boleh taja 2 course - Master in Engineering ngan Master in Science

Kalau master in Engineering, tak boleh jadi lecturer, cuma jadi Engineer

Kalau master in Science, boleh jadi lecturer ngan Engineer

So boleh masuk ke bahagian research jugaklah

Tapi, qualification dia mesti ada Degree

So, sir kata sambung kat UK untuk M.eng (Maste in Engineering) dalam 2-3 tahun

Pastu balik dah boleh jadi Engineer

Kalau kerja, sama taraf dengan Master

Tapi, bagi IEM (Institut of Engineering Malaysia) label sama taraf dengan degree




Aku tanya lah kalau aku nak further study lagi macam mana?

Sir cakap nanti sambung ambik kursus Profesional pulak

Then you will be Profesional Engineer

"Kalau sambung PhD macam mana pulak?"

Sir cakap, nak sambung PhD kena ada M.sc

M.eng takleh sambung PhD

TAPI, sir kata kalau dapat carik lecturer yang leh sponsor untuk PhD

Terus buat PhD jerlah

Mernarik jer apa yang aku dengar dari lecturer aku ni

Pastu aku cakaplah, kalau dia salah anggap

Yang aku mungkin pun akan tukar course lebih ke arah komputer termasuklah coding programming

Sir aku cakap, takper ambiklah dalam komputer engineering dalam M.eng

Pastu aku cakaplah, tapi ni kalau tak lepas susahlah

Sir aku cakap lepas tak lepas tu lain cerita, bergantung kepada usaha

Yang penting plan your study.

Owh, btw he's UK graduate

And he had an experience being Engineer for 5 years





Aku lepas dengar cerita dia terus motivated

Dia cakap kalau aku lepas untuk ke bahagian interview

Jumpa dia, nanti dia tolong bagi tips dan buat apa yang patut

So in other words, aku ada guide jugak nanti

Hehehe, ni yang nak kena usaha lebih ni

Yang penting aku nak Dekan jugak untuk semester ni

Itu pasti!


Wednesday, October 28, 2009

Tipu Kew? : First Paper Final




Hahaha, aku memang tak boleh belah dengan apa yang berlaku kat aku petang tadi

Tak kire biar pendek tapi aku nak cerita jugak

Hari ni aku first paper untuk Final Examination aku

ECE 351 - Digital System 1




Aku jumpa lecturer pagi ni ambik carry mark untuk subject ni

Sebab sebelum - sebelum ni aku dah pergi bilik dia dah

Tapi dia asyik takder jer

Baru aku tahu yang lecturer aku ambik cuti sebab Ayah dia meninggal dunia

So, dia cakap hari ni baru dia datang kerja balik

So, aku datang jumpa dia

Ambik carry mark aku

Sekali dengan markah papaer test 2 aku

Pastu tanya soalan - soalan yang aku bengang tak dapat jawab

Sepanjang latihan yang aku buat 3 hari yang lepas

Alhamdulillah carry mark aku tinggi

Aku antara yang tertinggi untuk Test 2





Erk panjang pulak ceritanya

Begini, petang tu masuk lah 'dewan' (Laman Perdana) untuk ambik paper ni

So macam biasalah bawak kad matrix ngan Exam Slip untuk pemeriksaan

"Baiklah, anda semua boleh mula menjawab sekarang"

So, aku pun dengan khusyuknya menjawab setelah memohon keberkatan dari Allah

Pastu datanglah pengawas untuk check slip kehadiran, kad matrix ngan slip exam aku

Okay, semuanya lepas macam biasa - fikir aku lah

Yerlah, aku bukan buat apa - apa salah pun

Pastu, dia ambik kad matrix aku

Dia tenung lama - lama kad tu

Pastu, dia sapa aku

"Betul ke awak orangnya ni" kata pengawas tu sambil letak balik kad matrix aku

"Aaah" aku jawab ringkas

"Ye ke? Macam lain jer. Betul ke ni? gambar ni kurus je"

Aku yang tengah pandang paper terus pandang encik pengawas tu

Walaweh, ketara sangat ke perubahan badan kat diri aku ni

Sampai encik pengawas ni pun ingat aku macam nak menipu jer

Sedih aku dengar ayat dia

Ada lah jugak hentak - hentak meja, sikit - sikit

Sebab bengang jugak dengar statement dia

Bagi aku, benda ni dah jadi isu sensitive untuk aku ni

Tapi, tak sangka ek, sampai macam ke situasi dia berlaku

Entah - entah untuk exam seterusnya

Semua paper, semua tanya soalan yang sama

Aduh, nak kena tunjuk IC ni

"Huh, tunjuk IC lagilah pengawas tu terkejut. Sebab LAIN GILER"

tu Nuar yang bagi response




Aduh, paper SAKIT bakal menjelang

Jangan lah aku repeat paper tu

Aku ingat lagi abah pernah berkata kat aku

"Kalau Diploma pun dah repeat, hmm memang tak boleh jalan lah macam ni"

Aku memang struggle giler ni

Aku usaha sehabis boleh yang aku mampu

result tu lain cerita, yang penting usaha

Itu Kak Khis punya pesanan pulak

p/s: Haih, 2.30 am takleh tidor, runsing dengan gangguan emosi seperti biasa . . . . . .


Monday, October 26, 2009

Final Examination - Good Luck!







This is my latest design of artwork

Macam biasa untuk setiap sem aku memang suka bagi menda - menda macam ni

Biasanya kad raya and kad wish good luck untuk Final Exam

Tapi sem ni tertarik nak buat hitam putih je

Satu jimat kos

Second printer colour bawah tu rosak daaa . . . .

Hmm, anyway I spend RM 11 for this 20 card including laminating

Tapi aku tak kesah sangat sebab aku sangat berpuas hati dengan membuat benda ni

Orang kata hati puas bila kita dapat buat sesuatu benda yang kita enjoy

Apa yang aku enjoy dari buat benda ni?

Kepuasan hati memaparkan hasil tangan aku ^^

Hahaha, ayat takleh belah

p/s : Biler lah nak cuti sem ni, baru lah boleh update hari - hari!